PERALATAN DALAM LUKISAN KEJURUTERAAN

oleh: Nik Farah 'Aqilah Binti Nik Mahadi


Pelbagai alatan perlu disediakan semasa pelajar belajar subjek lukisan kejuruteraan. Segala peralatan ini perlu disediakan oleh pelajar sebelum memulakan kelas bersama guru.









  1.  Papan Lukisan dan sesiku T 


Papan lukisan dan sesiku T ini mempunyai pelbagai saiz. Dua alatan ini amat diperlukan semasa proses melukis. Biasanya pita pelekat akan dikgunakan untuk menempatkan kertas lukisan pada kertas. Sesiku T pula digunakan untuk membuat garisan mengufuk.



Papan Lukisan dan Sesiku T


         2.  Jangka lukis dan Pembahagi


Jangka Lukis




Pembahagi

Jangka lukis 
  • diguna untuk melukis garisan bulatan dan lengkok.
  • Ianya mempunyai pelbagai stail dan saiz.
Pembahagi 
  • digunakan untuk memindahkan ukuran daripada pembaris kepada lukisan yang dihasilkan pada kertas lukisan.

    3. Pensil


Pensil

Pensil mekanikal

  • biasanya yang berkualiti tinggi
  • pensil mekanikal juga digunakan dalam lukisan kejuruteraan
  • mempunyai sebanyak 18 gred. (9H paling keras kepada paling lembut 9B)


Gred plumbum pensel


    4. Sesiku set
  •  disebut juga sebagai sesiku segi tiga
  • diguna bersama sesiku  T untuk melukis garisan condong
  • untuk membuat garisan bersudut 90, 45, 60, 30 
  • juga diguna untuk membuat garisan tegak.

Sesiku set


5. Lengkung Perancis

  • diguna untuk melukis lengkok/lengkung yang bentuknya tidak sepusat dan tidak tertentu.
  • didapati dalam pelbagai bentuk dan saiz.



Lengkung Perancis














Semoga bermanfaat. Selamat belajar :)












Comments