PENGHURUFAN
oleh: Muhammad Daniel bin Abdul Ghafar
PENERANGAN / INFORMATION:
1. PENGENALAN KEPADA PENGHURUFAN
-Penghurufan dalam lukisan kejuruteraan diperlukan bagi mendokumentasikan sesuatu lukisan.
Latihan penghurufan yang berterusan akan menghasilkan tulisan yang baik dan seragam. Terdapat dua bentuk penghurufan yang diamalkan dalam lukisan kejuruteraan, iaitu huruf tegak piawai dan huruf condong piawai.
2. BENTUK-BENTUK HURUF
Latihan penghurufan yang berterusan akan menghasilkan tulisan yang baik dan seragam. Terdapat dua bentuk penghurufan yang diamalkan dalam lukisan kejuruteraan, iaitu huruf tegak piawai dan huruf condong piawai.
2. BENTUK-BENTUK HURUF
Huruf tegak piawai ditulis pada sudut 90° pada garisan panduan. Abjad yang ditulis dalam grid tegak piawai.
ii. Huruf Condong
Huruf condong piawai ditulis mengikut julat kecondongan antara 60° hingga 75° pada garisan panduan. Setiap huruf ditulis dengan saiz, tinggi, lebar dan tebal garisan yang seragam. Huruf condong piawai yang ditulis dalam grid condong piawai.
3. BENTUK-BENTUK TULISAN
Tulisan boleh ditulis secara rapat, jarang, halus atau tebal. Semua ini bergantung pada penggunaannya, misalnya kertas lukisan yang besar tentulah tidak jelas tulisannya jika dilukis dalam bentuk tulisan yang halus.
4. SAIZ-SAIZ TULISAN
Huruf boleh dibahagikan kepada beberapa-beberapa kumpulan saiz.
Ketebalan
|
Penggunaan
|
5mm atau 6mm
|
Tajuk lukisan atau penerangan penting
|
3mm
|
Dimensi dan nota penting
|
2mm
|
Nota-nota tambahan
|
5
5. TEKNIK PENGHURUFAN
Teknik penghurufan yang dicadangkan dalam lukisan kejuruteraan ialah teknik penghurufan lejang tunggal (satu arah pergerakan).
Anak panah menunjukkan gerakan pensel ketika menulis. Gunakan tekanan pensel yang sama ketika menulis dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan. Lakukan dengan teliti agar abjad yang ditulis menyentuh garisan panduan.
6. PENGGUNAAN GARIS PANDUAN
Garisan panduan digunakan bagi menetapkan ketinggian abjad. Amalkan penggunaannya dalam menulis huruf sama ada di atas kertas, dinding; tembok dan sebagainya. Gunakan gred pensel seperti 2H untuk melukis garisan panduan. Garisan panduan tidak perlu dipadam apabila penghurufan siap ditulis.
7. SAIZ HURUF DAN PENGGUNAANNYA
Apabila huruf kecil digunakan bersama dengan huruf besar, tinggi huruf kecil ini hendaklah lebih kurang 0.6mm tinggi huruf besar. Huruf besar biasanya digunakan untuk melabelkan bahagi-bahagian utama objek manakala huruf kecil digunkan untuk menulis keterangan lanjut mengenai bahagian objek tersebut.
8. JARAK ANTARA HURUF DAN JARAK ANTARA PERKATAAN
Apabila menulis huruf huruf untuk membentuk perkataan, jarak antara huruf huruf hendaklah lebih kurang sama.
Jarak antara baris yang sesuai.
10. KESERAGAMAN PENGHURUFAN
Keseragaman amat penting dalam penghurufan supaya tulisan itu nampak lebih kemas dan menarik. Ketika penghurufan, anda perlu memastikan huruf yang ditulis adalah seragam sama ada dari segi gaya, saiz, kecondongan, ketebalan dan jarak.
Kecuaian ketika penghurufan boleh menyebabkan beberapa kesilapan dilakukan. Antara kesilapan yang sering dilakukan ketika penghurufan. Lazimnya kesilapan ini dilakukan kerana sikap tergesa gesa dan kurang berhati-hati.
Comments
Post a Comment