PENGENALAN GARISAN DAN BENTUK GEOMETRI

KONSEP GEOMETRI SATAH

oleh:Muhamad Nursalman Bin Mohd Fouzi

rujukan daripada Buku Asas Lukisan Kejuruteraan Dan Lukisan Berbantu Komputer IPG

Dalam lukisan teknik, beberapa konsep geometri yang sering kita temui ialah titik, garisan, bulatan, segi tiga dan poligon. Anda perlu memahami konsep-konsep asas ini supaya boleh menyelesaikan suatu masalah dalam lukisan geometri.

 1. Titik (Point)
 Titik mewakili persilangan antara dua garisan seperti ditunjukkan dalam Rajah1.14

Rajah 1.14



 2. Garisan (Line)


Garisan ditakrifkan oleh Enslid sebagai suatu yang mempunyai panjang dan lebar. Suatu garisan lurus mempunyai dua titik, biasanya disebutkan sebagai jarak ( Rajah 1.15).

Rajah 1.15



 3. Sudut (Angle)
Sudut dibentuk apabila dua garisan bersilang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.16.

Rajah 1.16



 4. Segi Tiga (Triangle)

 Sebuah segi tiga mempunyai tiga sisi. Jumlah sudut dalaman untuk sudut a, b dan c adalah 180° seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.17.

Rajah 1.17


 5. 
Poligon (Polygon)
Poligon merupakan bentuk yang dibina mempunyai sisi melebihi empat garis lurus. Bagi sesebuah poligon sekata, ia mempunyai magnitud sudut bagi setiap seksyennya ialah 360 /n, dimana n ialah jumlah sisi poligon tersebut. Bentuk poligon sekata dan seksyen sudut adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah1.18.


Rajah 1.18

 6. Bulatan (Circle)
Bulatan ialah lengkuk yang tertutup, semua titik dalam suatu bulatan mempunyai jarak yang sama dari pusat yang disebut  sebagai jejari seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.19


Rajah 1.19



Comments