oleh: Muhammad Alif Aiman Bin Aziz
Kejuruteraan yang baik adalah seni yang boleh diperoleh melalui pengalaman dan bertambah baik dengan amalan. Penggunaan alat yang betul, susun atur dan kejelasan pandangan adalah ciri-ciri yang menyumbang kepada kejuruteraan yang baik bagi sebuah lukisan. Salah satu perkara yang menyumbang kepada kejuruteraan yang baik dalam lukisan teknik ialah kerja garisan. Dengan ini, penggunaan garisan adalah penting dalam lukisan kejuruteraan.
JENIS-JENIS GARISAN
- Garisan objek digunakan untuk menunjukkan bahagian pinggir objek yang kelihatan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.19.
Rajah 1.19
2.) Garisan terlindung digunakan untuk menunjukkan bahagian pinggir yang terlindung seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.20.
Rajah 1.20
3.) Garisan keratan digunakan untuk menunjukkan permukaan yang dipotong oleh satah pemotong seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.21.
Rajah 1.21
4.) Garisan tengah digunakan untuk menunjukkan kedudukan paksi simetri keseluruhan objek, paksi lubang dan pusat bulatan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.22.
5.) Garisan dimensi dan garisan tambahan digunakan untuk menunjukkan permulaan dan penghujung sesuatu jarak seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.22.
Rajah 1.22
Melukis Garisan
A) Melukis Garisan Ufuk
Untuk melukis garisan ufuk, anda harus mengikut langkah-langkah berikut dengan merujuk kepada Rajah 1.10.
i) Tekan bahagian kepada sesiku T dengan kukuh di tepi papan lukisan dengan tangan kiri.
ii) Menggelongsorkan tangan anda kepada kedudukan seperti rajah 1.10 supaya bilah sesiku T ditekan dengan ketat ke atas kertas.
iii) Condongkan pensil anda ke sudut 60 darjah.
B) Melukis Garisan Tegak.
untuk melukis garisan tegak, anda boleh merujuk kepada langkah-langkah berikut:
i) Gunakan sesiku set 45 atau 30 X 60 darjah untuk melukis garisan tegak.
ii) Letakkan sesiku set pada sesiku T seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.11.
iii) Gunakan tangan kiri anda untuk menekan bahagian kepada sesiku ke atas papan lukisan
iv) Menggelongsor tangan anda seperti yang ditunjukkan. Pegang kedua-kedua sesiku T dan sesiku set secara kukuh.
v) Melukis garisan itu ke arah atas.
C) Melukis Garisan Condong.
Garisan condong boleh dilukis dengan menggunakan sesiku T dan sesiku set seperti di tunjukkan dalam Rajah 1.12.
Comments
Post a Comment